Semalam ketika sesi makan-makan, aku 'diberitakan' oleh pihak yang bertanggungjawab bahawa masalah kekurangan sekolah rendah di kawasan Tanjong Malim akan berterusan sekurang-kurangnya bagi tempoh 5 bulan lagi gara-gara kelembapan pihak kontraktor melunaskan kerja-kerja pembinaan sekolah di Proton City mengikut tempoh yang ditetapkan.
Sebaliknya, pihak kontraktor bumiputera yang membina sekolah menengah di Bandar Behrang 2020 disebut-sebut sebagai kontraktor yang sangat cemerlang kerana perkembangan yang 'tersangatlah laju'. Kepada para guru yang berhajat untuk menabur bakti bolehlah 'intai-intai' pejabat PPD, tanya-tanya khabar...
DUN: Siapa kata Melayu tak boleh?
14 comments:
mmg ada org kita yg bagus dlm melaksanakan tanggungjawab diberi. Tapi kerana ada beberapa kerat yg selalu buat hal maka kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.
aku tak mau...biar la aku bertapa kat atas ni je.
Hermmm.... bangunan sekolah dah naik . Bagus ! perkembangan yang memberangsangkan setelah 'Behrang 2020 ' sepi sesepinya sejak 5 tahun yang lalu .
Wahai incik ADUN .... bilakah taman permainan itu akan dinaik taraf ?? macam tak sesuaiii jek terletaknya diatas bukit . kan..kan..
Alhamdulillah....
Go Perak go!
sekolah menengah tuh dibuat tak jauh dari rumah aku.. lepas nie sesak ler jalan nak ke rumah aku tuh.. adeii.. sure jam punyalah.. walaupun tak sampai 100 meter nak sampai umah..
Aku rasa by time aku balik sekolah tuh dah siap.. dan jalan pun dah sibuk..
harap dapat siap mengikut jadual! jangan bila tak siap ikut time, macam2 hal / ceritanya....macam makmal kat sekolah saya - dekat setahun dah....
To juliet:
Tak pasal2 kena perah susu lain kan...ishhh tak baik buat gitu!
To One Z:
Sekarang br teman sedor nape mike sanggup bertapa kat atas nun...terasa nikmat sejuknya...dan byk 'pemandangan' yg indah2...
To Linda:
Sekarang dah tak sesepi dahulu...dah bukak skolah tu sok lagi le sibuknye...
Itu taman permainan ka? Aiya...ada olang suka atas bukit meh...ada suka bawah bukit...nanti wa "tengok2kan', dulu mana duduk?
To Na Shari:
Majulah Perak untuk negara!
To iina:
Nak wat camner iina oiii, dah pelannya ropa tu...sabo je la ye...
To sonata:
Harap2 camtu la...pasni leh terus buat sekolah rendah lak...sian kat anak2 yg belajar di sekitar Tanjong Malim...ada yg satu kelas hampir 50 orang murid...ate, kelasnya tak ade!
B2020 dh ade sklh menengah sndr.. xder la sesak khir joe tu...
dah berapa usia rangka tu DUN???
To kakngah:
Baru berusia lebih kurang 3 ke 4 bulan...mmg nmpk very da laju proses kerja buatnye...rasanya sekolah rendah sebelahnya pun 'terus naik' kot!
Post a Comment