Followers

Friday, June 12, 2009

Biso Bonar...

Menarik dalam akhbar hari ini : 'Longgar Syarat Ambil Guru Lelaki'...ni semua gara-gara nisbah guru lelaki 20 berbanding 80 guru wanita...


Antara cadangan:
  • Longgar syarat kelayakan
  • Memperkenalkan insentif tertentu
Antara keperluan guru lelaki:
  • Penempatan di lokasi terpencil atau pedalaman
DUN: Agak-agak korang la...mengapa hal ini berlaku dan ok ke cadangan tu?

18 comments:

julietchun said...

orang lelaki kurang berminat kot nak berdepan ngan kerenah budak2 tiap2 ari,pastu plak kena rite kertas peksa dan homework lagi.

DUN,
Nape bebudak skang ni aku rasa asek peksa je?

Zakaria Abdullah Sani said...

Teringat teman kajian yg. dibuat mahasiswa UPM ,menunjukkan data bilangan gendar di IPTA (2008-2009)menunjukkan bahawa, lelaki hanya 34.7% berbanding perempuan 65.3% dalam menguasai pentas IPTA. Ini menunjukkan bahawa bidang akademik keseluruhan memang dikuasai oleh wanita....
Maka, wajarlah 'institusi pendidikan' dijuruskan kepada perempuan.Kerna soal mendidik, memupuk, mengasah dan membelai hanya kaum hawa sahaja yang mengerti...
(Fakta.....menurut kajian..)

...Menurut kajian lagi, fenomena ini bukan saja berlaku di Malaysia tetapi diseluruh dunia, Scotland,England, Perancis, Jerman, Jepun, Australia dan di New Zealand...
Dalam kajian tersebut juga ada menyatakan bahawa,(Kajian Busch, 1995)...isu kecekapan kendiri, kursusnya dalam bidang Sains, Matematik dan Komputer, hasilnya menunjukkan bahawa lelaki mempunyai kecekapan kendiri yang tinggi berbanding perempuan....
Nah ! Adilkan..ada ruang untuk perempuan dalam pendidikan dan ada ruang untuk lelaki dalam pendidikan....


Hadirin-hadirat sekalian....
amboi ! Macam pidato la pulak..

Sewajarnya, KPM melonggarkan prasyarat ambilan guru lelaki...serta memberikan insentif yang menarik kepada mereka kerna bukan senang nak menjiwai perasaan perempuan kan....kan.....kan..
Apabila, sang lelaki kena atau terpaksa mendidik, memupuk, mengasah dan membelai,mengayukan diri macam perempuan.
Kan..jiwa lelaki ini 'Mantop', tegap, tegas, kental, macho, perkasa, sasa, kuat.....
Bagaimana mau 'lembutkan diri'(.....yang dah 'lembut tu'soal lain)

Kesimpulannya, sebenarnya ada bidang yang peratusan lelaki ramai dalam bidang pendidikan...umpamanya sesetengah IPTA ramai pensyarah lelaki daripada perempuan.....contoh UPM sendiri, kerana bidang2 pengajian yang mefokuskan kepada lelaki,antaranya: kejuruteraan, doktor, komunikasi, agrocultur dan sebagainya.

Hasilya;
Cuma teman nak kata,teman masih 'macho' walaupun teman menjadi pendidik dah 17 tahun...he...he..

ku tak sempurna said...

aku setujuuuuu..

biar cikgu2 lelaki tu duk pedalaman... err... rasanya, lps ni lg ramai lelaki yg takut nak jadi cikgu.. semua terbyg ulu2, ceruk2 pedalaman.. ekekeke

DUN Behrang 2020 said...

To juliet:

mungkin gak tu, kena lak tu remaja lelaki sekarang ni lebih suka enjoy...brp kerat je yg ada kesanggupan nk mendidik...

Jawapan kpd soalan:
Sebab nnti cikgu takde lak kerja rite kertas peksa bebudak tu...

iina said...

mmglah longgarkan syarat kemasukan tapi tak boleh sampai terlalu longgar sangat.. teringat dulu masa meeting nak ambil pelajar dah abis rendah dah cgpa yg kami turunkan.. tapi bilangan lelaki yg memohon nak jadi guru pun boleh dibilang ler dengan jari berapa kerat sangat.. dan kalau aa pun cgpa tak lepas..

memanglah boleh longgarkan syarat.. tapi kualiti tetap kena jaga juga kan.. kalau ambil pelajar yg rendah gred.. lepas tuh bila masuk uni.. exam semua tak lepas.. gagal camna lak?? itu pun satu lagik isu..

minta maaflah kan.. dah bertahun tgk.. bilangan lelaki yg nak mohon jadi guru amat terhad dan boleh dibilangan dengan jari.. maybe diorg lebih minat kerjaya lain.. yg lebih kedepan.. atau lebih mencabar ;)

kalau duk pendalaman.. jawabnya.. makin tak ramai ler lelaki nak jadik cikgu hehehehe

LiNda said...

pasni plak paper muka depan . GURU LELAKI PALING RAMAI BUJANG TERLAJAK .

sebabnya.. pompuan or makpak pompuan or sedaramara belah pompuan awal2 lagi reject .

Wooii, kawen kang tak pepasal kena ikut laki gi pendalaman ke.. ulu ke.. tempat jin bertendang ke.. tak mahunya !!!.

DUN Behrang 2020 said...

To ZAS:
Dijamin oleh SIRIM yg mike tetap macho bro...
Dasat komen mike kali ni...teman bg A+, siap ada peratus ngan petikan rujukan...jarang anak melayu leh wat camtu...

DUN Behrang 2020 said...

To KTS:

Dorang tak tau dok kat ceruk pedalaman ni berebut makcik2 yg ada ank daro bg makan hari2...safe bajet wooo...kalo tau sure semua cgu lelaki pilih penempatan kt pedalaman ooo...

DUN Behrang 2020 said...

To iina:

Ada mungkin tak insentif kurang menarik yg menyumbang kpd masalah ini? Apapun kualiti mmg kena pertahankan...

DUN Behrang 2020 said...

To Linda:

Betul gak ek...kalo dulu org takut menantukan askar...skit ari lg takut ngan guru lak...asyik berjauhan je...

ONE ZABA said...

tapi pabila longgar syarat yg jadi bahye. mula la orang yg tak tentu hala jadi cikgu.

DUN Behrang 2020 said...

To One Z:

Setuju bro...sebnrnya bukan tidak berkelayakan...tp lelaki dh kurang minat nk jd cikgu, sebabnye beban kerja guru sekarang ni, tu yg kena 'kaji' dulu...

sonata anak kancil said...

syarat tak boleh dilonggarkan....kalau tak, cikgu tak 'berkualiti' - macamana nak hasilkan murid 'berkualiti'...

syarat nak jadi cikgu tak kira lelaki atau pompuan - akademik & keupayaan /kebolehan/kekentalan
( macam mana nak uji ni??? hah buat ujian minda ke/kauseling ke/ macam2 la...pastikan yang berjanji tu nak jadi cikgu - betol2 dengan niat nak mendidik anak bangsa ....( lebih2 lagi sekarang bangsa 1Malaysia )

( pengalaman saya tengok bakal2 cikgu yang buat praktikal kat sekolah ni....terus terang saya kata - tak ambik bahasa satu hal, kawal kelas pun tak boleh!!! kekadang ada kelihatan ngajar sambil duduk pun ada ( mungkin kena releif agaknya - tapi awak ajarlah apa2 yang boleh dikongsikan, betul tak ? ) kita yang tua ni pun jarang sekali ngajar sambil duduk - melainkan terpaksa sebab tak sihat atau lain yang memaksakan duduk - tapi tak lah semua - adalah sorang dua yang buat begitu )

bukan saya yang sorang bercakap - ada cikgu2 lain juga cakap...

DUN Behrang 2020 said...

To sonata:

Memang ada kebenarannya...dengar cerita guru2 sekarang 'kurang bersemangat dan daya tahan' berbanding dgn guru lama...seolah2 kerjaya seorang guru ini dek kerana terpaksa atau dipaksa...

PERJUANGAN BELUM TAMAT said...

ngentut jer ler

kakngah said...

tk terjejas ke kualiti guru lelaki kalau kelonggaran diberi pd mereka berbanding guru wanita.....

DUN Behrang 2020 said...

To PBT:

Penyelesaian tak semudah sembang di kedai kopi, pelaksanaan bukan sekadar di atas kertas putih...renung2kan.

DUN Behrang 2020 said...

To kakngah:

Macam ada kemungkinan je, apapun tang 'kurang' tu kena tampal ngan benda2 lain yg 'power2'...setakat teori dan pedagogi mungkin boleh dipelajari, tapi keupayaan diri dlm mendidik tu yg kena kaji...