Followers

Friday, February 6, 2009

Cina Suka

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni, rumah aku dikunjungi oleh adik ipar sekeluarga. Biasa la...bagi chance dorang ke sini lak...Antara rutin dorang kalau ke sini apalagi, "memeriahkan" pasaraya terbesar di daerah Batang Padang laa... Sekembali dari pasaraya tersebut, aku tertarik dengan sebungkus plastik yang agak lain daripada lain isi kandungannya. Jeng x 3!

Apa tu?

Tak tau apa nama...tapi cina dok slalu beli...

Sejam kat dapur (campur buat kerja-kerja lain) Cik Ayang tersenyum sambil membawa sepiring hasil gorengan berupa kerepek. Macam Juri Masakan lak dan komen aku : Sedap!!! Aku pun apa lagi...belek-belek plastik pembungkus untuk mengetahui nama "ubi" tersebut. Malangnya tanpa nama sedangkan selalu barangan yang dibeli terpapar nama barangan. Ishhh...mencabar intelek aku ni!

Cuti berlalu dan "ubi sedap" masih berbaki 2 biji. Cik Ayang nak try skill buat eksperimen sendiri dengan menggorengnya bersama tepung gandum. Teorinya kalau boleh buat kerepek, goreng camtu pun sodap! Dan sememangnya sedap!!! Keadaan semakin mencabar...

Lepas seminggu ketika meninjau barangan basah di pasar Tanjong Malim, aku ternampak sekotak "ubi" tersebut dijual oleh seorang peniaga Cina. Berminat nak tahu namanya, aku pun tanya lah kat peniaga tu...

Apa nama ubi ni?

Tak tau...ini ubi masak sama ayam manyak sedap oooo!

Ishh..tak tau nama la pulak! Patut la kat label pasaraya tu pun tak tulis...tak leh jadi ni...aku pun jeling-jeling la kat kotak tu kot2 ada tulis nama ubi tu...dan akhirnya aku nampak yang ni...ARROW ROOT.

Kepada kengkawan yang memang dah tahu pasal ubi ni, asal usul dia, tumbuh kat mana dan apa-apa lagi la...mai la kongsi skit...sharing is caring!

DUN: Tetiba teringat julietchun dan sonata sebab dorang suka masak memasak ni...

5 comments:

julietchun said...

Mau pengsan mak aku kalo tau ada org puji anak dia suka masak,hahahhaha, ko buat duniaku berseri2. Penah tgk ubi ni, tapi taktaulah apa namanya, sekali tgk cam bawang besar yer.

sonata anak kancil said...

Tak pernah beli "ubi" ni...boleh cuba la.Tapi tak boleh janji bila boleh beli!

Sedap tu, insyaAllah akan cuba.

DUN A. RANI said...

To julietchun : ko leh tunjukkan satu lg "keterroran" ko kat mak ko tu...sure pasni mak ko lagi bangga...alahai anak omak!!!

To sonata : tak kenal tak cinta, tak cuba tak tahu...

Info terbaru...ubi ni sejenis keladi berasal dr China...hanya ada setahun sekali...patut arrrrr!!!

kakngah said...

eh.. bkn ke tu sengkuang cina. sedap. inti kuih tako. mkn cenggitu pn bes. cicah kuah rojak mak bee pn sedap. buh dlm lai chi kang... lg nyaman....

DUN A. RANI said...

To kak ngah : bukan sengkuang cina tu...ropa mcm nk sama tp lain...sengkuang cina tu beso gedabak...yg ni comel lote...kak ngan kena try ni...shedappppp!