Followers

Tuesday, September 29, 2009

Ku Ke Udara Lagi...

Salam lebaran,

Rasa terharu + gelisah lak tinggalkan rumah ni bersawang lama-lama...tapi apakan daya sudah begitu suratannya...'rumah rakyat dalam kawasan' perlu diutamakan...hihihihi!

Lebih terharu rupa-rupanya si Zyma Saad tu asyik dok lalu lalang ketuk pintu sambil naik gerek nak beraya tapi tuan rumah dok syok bercuti...hahaha...tak dapek den nak nolong do!

Musim-musim raya ni apalagi nak dipaparkan melainkan yang ini...

Sesi nangis-nangis 7 anak dan 7 menantu tatkala memohon keampunan daripada bonda...
PERINGATAN : ini bukan lakonan semata-mata...huhu!

Antara cucu dan cicit yang sempat di'tangkapmuat'kan daripada 27 cucu dan 2 cicit.

Tu dia...setelah tiada lagi sudut yang sesuai untuk menangkap gambar...'enterprem' mana-mana yang ada...

DUN: Suasana hari raya...semuanya pulang ke desa...lalalalala!

Monday, September 14, 2009

Dari Jauh Ku Pohon Maaf...

Hanya kusampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf...

Ucapan ini ditujukan kepada semua rakan-rakan bloggers yang sudi berkongsi cerita...dan berkongsi apa sahaja.., yang sentiasa menceriakan dengan komen-komen, yang menghiasai Taman Teman...yang Terlalu Istimewa...yang selalu menyapa di shoutbox...yang menjadi 'pembaca senyap'...pendek kata yang sudi bertandang ke blog aku ni...

Salam kemaafaan dihulur andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara...dalam bercerita ada riak, dalam menyapa ada bongkak...sesungguhnya aku hanya insan biasa...

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin...

Dan...kad ucapan ini aku tujukan untuk korang semua...sila ambil dan gantung tepi tingkap...

DUN: Hari ini aku berjaya 'memiliki' Kelamai Gopenghagen...

Friday, September 11, 2009

Sabarlah Sayang...

Tak tertahan hati ini menunggu kau tiba
Katamu...sabarlah sayang...


Alkisah, pertengahan Ogos gara-gara amukan H1N1, Cik Ayang dan rakan setugas diarahkan bekerja pada hari cuti (cuti hujung minggu + cuti umum). Arahan datang daripada 'orang atas' tempat Cik Ayang bertugas dan sebagai penjawat yang 'setia', Cik Ayang dan rakan setugas akur...maka bergilirlah mereka berdua 'berebut' (berebut sesangat le konon) hari cuti yang ada dan bekerja dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang!

Aku sebagai suami sebolehnya memahami tugas Cik Ayang dan merelakan kepergiannya demi tugas...dan selama tempoh itu aku menjadi Mr. Mama...sayu tatkala melihat Cik Ayang menggerakkan kereta (sambil membayangkan jam 5.00 petang) dan lebih sayu lagi bila aku hanya dengan berkain pelikat mendukung Malihah depan grill pintu...tu belum lagi Si Syakir yang ada masanya turut 'berminat' menyertai adiknya...

Minggu terus berlalu dan amukan H1N1 nampaknya semakin berkurangan (mudahan terus reda)...menyaksikan kemerosotan jumlah pesakit yang datang pada cuti hujung minggu dan cuti umum begitu ketara...laporan dibuat dan pada minggu berikutnya mereka diarahkan bekerja separuh hari...8.00 pagi hingga jam 1.00 petang!

Sehinggalah petang dua hari lepas...secara rasminya unit Cik Ayang menerima surat daripada 'orang lagi atas' memaklumkan bahawa waktu bekerja pada hari cuti hujung minggu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari SAHAJA...DAN cuti umum 'tidak terlibat' kerana 'tiada bayaran' yang akan dibuat...

DUN: Alahai...kenapa lambat nor keluar surat tu...

Wednesday, September 9, 2009

Bila Rindu Ku Sebut Namamu...

Tanggal 09.09.09...

K,
Ku tak tahu mengapa tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Inginku meluahkan...

K
Setelah hampir setahun tidak ketemu
Rindu itu bertandang lagi
Harapanku Syawal ini
Engkau akan berada di sisi...
Dan yang paling menggembirakan
Rupanya dikau berada di daerah baru ku ini...

K yang selalu kurindui...

DUN: Giliran korang lak cerita makanan eksotik raya peberet korang ye...!

Friday, September 4, 2009

Mengintai Dari Tirai Kamar...

Masa: Detik 11.30 malam...

Sebaik saja aku panjat katil, belum pun sempat meletakkan kepala...henpon cokia aku yang berada di sisi bantal memberi isyarat ada satu sms baru...kiriman jiran kiri...

SMS : Anak siapa yang main buai tengah2 malam tu? Korang dah seram ke belum weh!

Rumah kami ni berdepan dengan taman permainan kanak-kanak...apabila membaca sahaja sms tersebut aku pun mencari sudut yang sesuai untuk meninjau...puas ku amati buaian yang dimaksudkan...sedikit kelam walau masih ada sisa cahaya lampu jalan membelah kepekatan malam...

Tidak puas hati dengan kuasa bionik mata aku...aku lantas mencapai kunci pintu dan memilih untuk meninjau dari luar rumah...dan apa yang kulihat hanyalah buaian yang berbuai malas tanpa ada susuk manusia di situ...huhuhu!

Misi yang gagal memaksa aku membalas sms jiran tadi...

Aku : Tak de pape pun!

DUN: Agak-agak korang la apa yang terjadi selepas itewww!

Tuesday, September 1, 2009

Aku Suka Kamu...!

Menjawab tag kiriman Sonata Anak Kancil a.k.a Madam Za...tag bil. 2.

1. Sila ambil gambar beg yang anda bawa pergi kerja...

Ni la beg yang aku dok kendong ke hulu ke hilio...kaler itam sbb itam itu menawan...siap dah terbuka lak zipnye tu...tak menyabo!!!

2. Kemudian, sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg kerja anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda.

Ishhh...mula-mula suruh cerita sedikit je...pastu suruh ambil gambar...kemudian cerita detail lak...konpius aku...apapun...tadaaaaaaaaa...

Dalam beg ini ada macam-macam benda yang berkaitan dengan kerja aku...nampak je cam sikit tapi kerja aku tak sikit ek!

Selain drp Mr Lappy + sekoq tikuih dengan tali penyambung hayat (hadiah drp seseorang), ada sebuah diari (cenderamata drp GITN) dan sebuah 'beg' cenderamata Kejohanan Sukan Dwi Tahunan SK Slim Village Kali Ke- 20 (tempat simpan alat tulis dan yg sewaktu dengannya...)

3. Nyatakan sebab2 anda suka beg kerja anda itu.

Suka la...sebab kat dalamnya barang-barang 'tajaan' je...kepada sesiapa yang sudi nak tambah 'koleksi' barang free kat dalam tu dipersilakan...aku tak kisahhhhh...

4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yang istimewanya beg itu pada anda...

Beg itu dibeli di Langkawi...dan barang free kat dalam tuuu...

5. Sila tag 10 yang lain...

Dorang yang lain mesti tengah sibuk...aku simpan dulu tag ni boleh?

DUN: Yesss...solosai utang den ni hah!