Followers

Wednesday, December 16, 2009

Pulangkannnnnn...


Sebenarnya dah lama aku nak tulis n3 ni tapi kerana terpaksa menunggu giliran Wajib Tayang...jadi sekarang adalah masanya...

Kisah ini adalah di sebalik tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang baru-baru ni...

Sumber yang dipercayai memberitahu bahawa pada petang sebelum kejadian, mentol lampu yang sepatutnya menerangi jambatan terbakar...lantas urusetia terbabit ke kedai untuk mencari mentol baru...

Anehnya semua mentol baru tidak berfungsi sehinggakan taukeh berkenaan mengeluarkan ayat berikut:

"Aiya...wa suey, atau lu yang suey, tak tau la..."

Apapun, ia adalah TRAGEDI yang sangat meruntun jiwa apatah lagi bagi keluarga-keluarga mangsa...lantaran itu mereka menuntut 'saman' yang bukan sedikit jumlahnya...

Lebih menggerunkan ada kalangan guru yang dimaki hamun malah turut diugut bunuh ekoran daripada TRAGEDI tersebut...cuma belajarlah terima hakikat bahawa sebanyak mana yang dituntut, jiwa yang terkorban tidak akan dapat dipulangkan...

DUN: Redha dengan ketentuan Illahi...

24 comments:

Chenta said...

Betul . Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul .

So... kepada guru yang berada di situasi itu, harap anda tabah and bersabar .

kakngah said...

trajedi berlaku pun bkn kehendak guru2. patut mereka yg berkenaan kene faham & redha..
tapi tu la.. bkn kita yg berada di tmpt mereka... ssh nk ckp kn..

DUN Behrang 2020 said...

To Linda:

Pengorbanan yg 'terpaksa' dibayar oleh seorang guru kekadang melangkaui akal fikiran...

DUN Behrang 2020 said...

To kakngah:

Yup...kita sekadar melihat...tp dlm kes ni mcm ada agenda lain la pulak...

ckLah @xiiinam said...

ckLah mengenali seorang 'pegawai pendidikan' yang selama ini sangat berdedikasi di daerah itu.....

Tapi kini ditukarkan ke Putrajaya....dan menjalankan kerja-kerja budak pejabat....ekoran tragedi ini....



Sadiskan...

sonata anak kancil said...

semoga nasib cikgu terbela.....

sonata anak kancil said...

Tahniah....baru tiba da...5 sama nampaknya !

DUN Behrang 2020 said...

To xiiinam:

Yup...adakah ini yang dikatakan 'satu pengajaran'? Untuk siapa dan padan muka?

DUN Behrang 2020 said...

To sonata:

Tu la...intai2 gak...tgk seronok sakan...

julietchun said...

turun naik mahkamah untuk bercerita mengenai org yg dah tiada lagi sangat melukakan.

Che' Pit said...

pertemuan itu satu kebetulan..
perpisahan satu kemestian..

terima lah kenyataan, yg pergi tak kembali..

Catwoman said...

Doakan yg baik2 adalah jalan penyelesaian yg terbaik. Let bygone, be bygone.

Semoga segalanya berjalan dgn tenang dan damai. ;)

ONE ZABA said...

moralnya...

cikgu kerja ngajar dalam kelas je udah. jgn nak cari bala libat aktiviti luar.

Jasnia said...

Kepada keluarga mangsa:

Ada hikmah di sebalik kejadian...

Kepada guru yang terlibat:

Semoga tabah menghadapi dugaan dan rintangan berkaitan kes ni.

DUN Behrang 2020 said...

To juliet:

Sepatutnya macam tu...dan sebab itu kita kena redha...

DUN Behrang 2020 said...

To Che' Pit:

Itu bagi orang yang mengerti...

DUN Behrang 2020 said...

To Zyma:

Apapun sedikit sebanyak meruntuhkan martabat keguruan yang suatu ketika dulu dipandang sangat mulia...

DUN Behrang 2020 said...

To One Z:

Diluah mati emak, ditelan mati bapak...dah lama cikgu2 ni nk ngajo je...tak nak kerja2 lain tapiiiiiiiiii.....

DUN Behrang 2020 said...

To Jasnia:

Setuju dgn Na...ini yang dikatakan TRAGEDI...

Sheikh said...

manusia nie yg dia nak ialah... "PUAS HATI"

DUN Behrang 2020 said...

To Sheikh:

Puas Hati dan puas segala...

Catwoman said...

Salam Maal Hijrah buat DUN Behrang 2020 dan seluruh ahli keluarga.

;)

DUN Behrang 2020 said...

To Zyma:

Salam Maal Hijrah untuk awak juga...dan semua rakan2 blogger...

Rashid said...

Tetap seronok jadi cikgu walau apa jua kes menghantui..