Followers

Friday, November 20, 2009

Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya

Lama kan aku 'mendiamkan diri'...bukan sebab lupa password seperti yang didakwa, atau masuk workshop bagai diduga jauh sekali melawat mangsa banjir bagai dikata...tapi aku sebenarnya kelemasan dalam kebanjiran tugasan yang mengganas hujung-hujung tahun ni...namun semalam aku ambil keputusan untuk bercuti kerana ini...

Abang Ngah ketika 'digraduankan'...

Abang Ngah dan rakan-rakan ketika membuat persembahan...

Kak Long ketika menunggu giliran untuk menerima hadiah...

Terbaik mata pelajaran BM (Pemahaman) dan Sains Tahun 2...perlu gandakan usaha!

Anak buah (Hakim)...tempat pertama Tahun 3 dengan 7 mata pelajaran terbaik...tahniah!

Anak buah (Ridzuan) dengan 2 mata pelajaran terbaik (English & Matematik) dan UPSR 4A 1B...tahniah!

Ada seorang lagi anak buah (Farhan) dengan kedudukan dalam kelas nombor 4 keseluruhan tapi disebabkan tiada terbaik dalam mata pelajaran maka tahun ni 'direhatkan' daripada naik ke pentas...apapun Farhan tetap terbaik!!!

Dan kesibukan aku berterusan lagi terutama menjelang minggu hadapan kerana Cik Ayang dijangka bersalin anak kami yang ke-5...semoga semuanya berjalan dengan selamat... Amin!

DUN: Di kala asmara lepaskan layarnya dalam musim hujan...huhuhu!

Thursday, November 5, 2009

Maafkanlah...

Kesibukan menjadi-menjadi sejak kebelakangan ni...


Dek kerana sibuk dan penat...aku tidur awal malam tadi...sebaik menunaikan Isyak, aku dah tergolek sebelah Malihah...kononnya nak tidurkan dia...rupanya siap tidur sekali...

Jam 5 pagi aku dah terjaga...kelihatan pakaian sekolah anak-anak bergantungan gara-gara dikering menggunakan kipas...sebabnya hampir satu hari bekalan air terputus...Cik Ayang basuh pakaian 'yang penting2' menggunakan saki baki air yang disimpan...

Tak lama kemudian Cik Ayang keluar bilik untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala...dan ketika itu aku terperasan yang seterika dalam bilik berkeadaan panas...lantas aku bertanya kepada Cik Ayang...rupa-rupanya dia terlupa untuk menutup suis sebelum tidur...ada riak bersalah pada wajahnya...berapa jam tu?


Hati aku pun dah 'panas' gak...aku masuk ke dalam bilik seterika dan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...aku baling seterika tu ke dinding...
.
.
.
.
oh tidak, tak pasal2 aku kena beli seterika baru...
aku ambil pakaian anak2 dan aku seterika satu persatu...kan Cik Ayang dah kata dia terlupa...dan aku percaya dia akan lebih berhati-hati lain kali...

Duhai jelita hatiku
Janganlah kau bersedih...maafkan lah...maafkanlah...
Usah kau sedih dan pilu
Lupakan yang telah berlalu....maafkanlah...maafkanlah...

DUN: Sekarang musim ujan weh...tak elok marah-marah...

Friday, October 30, 2009

Tragedi Oktober...

Saki baki laporan...

Pastinya anda sudah mengetahui apa yang berlaku di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang tempohari...yang MUNGKIN anda tidak tahu...

1. Pada awal berita dikeluarkan, negara digemparkan dengan 22 orang murid hilang / dikhuatiri lemas...sedangkan yang sebenarnya 3 orang sahaja...ini adalah kerana sejurus selepas kejadian, terdapat ibu bapa yang membawa pulang anak-anak mereka tanpa mahu memberi kerjasama kepada pihak pengurusan untuk membuat 'semakan' bilangan murid yang terselamat...

2. Ada 'urusetia' yang 'dibelasah' pada malam kejadian oleh ahli keluarga murid-murid disebabkan emosi yang tidak terkawal...

3. Jurulatih terpaksa 'berkampung' di lokasi kejadian selagi ketiga-tiga mangsa tidak ditemui...dan alhamdulillah akhirnya doa mereka dan kita diterima...walaupun pengakhirannya tidak seperti yang kita harapkan...

4. Aktiviti ini bukannya anjuran pihak sekolah berkenaan...

Gambar murid-murid sedang meniti jambatan gantung sebelum kejadian...kredit kepada http://soyob.edublogs.org/

DUN: Masih terbayang suasana 'panas' di lokasi pada pagi selepas kejadian...

Tuesday, October 27, 2009

Suratan Takdir : Tragedi Titi Gantung Kuala Dipang

Panas dari oven...

Titi gantung yang menghubungkan kawasan perkhemahan dengan sekolah.

Tiang pemegang titi gantung yang tumbang...

Antara orang ramai yang mengunjungi lokasi kejadian...

Sukarelawan yang telah menjumpai mayat mangsa pertama...

TPM turut hadir ke lokasi...

Aku dan rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian dan hasilnya...

Menurut sumber, kejadian berlaku selepas aktiviti ice breaking kira-kira jam 10.30 malam dan murid-murid sedang menyeberangi titi gantung untuk mengambil 'makan tengah malam'...keseronokan 'menghenjut' titi gantung bertukar menjadi tragedi apabila tiang penyokong tumbang dan menyebabkan mereka jatuh ke dalam sungai.

Dilaporkan, ramai yang berjaya diselamatkan sementara 3 orang murid dihanyutkan arus deras...sehingga jam 1.30 petang, satu mayat berjaya ditemui dan operasi mencari 2 mangsa yang hilang masih diteruskan...

DUN: Semoga kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku...

Monday, October 26, 2009

Sendiri...

Satu lagi minggu yang sibuk....seawal hari Ahad aku telah ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu seminar kerjaya...membelah kesibukan kota yang tak pernah aku fikirkan selama ini...namun atas permintaan rakan-rakan di 'daerah' baru yang kononnya nak berkenalan dengan Che Puteh, maka aku pasrah...kepada Hasri yang pakar dengan teknologi GPS...tenkiu bro!

Hari Khamis...sehari selepas pulang dari Pulau Pinang, menanti pula satu mesyuarat di peringkat negeri...dan pada hari Jumaat satu lagi mesyuarat di peringkat daerah...

Itu secara ringkas kesibukan aku sepanjang minggu sehingga tak sempat jenguk rumah kengkawan apatah lagi nak kemaskini rumah yang semakin bersawang...

Namun dalam kesibukan, aku masih sempat melayan pendengaran melalui stesen 'yang sentiasa menyinari hidup anda'...al-kisah pada suatu petang setelah perasaan dibuai dengan suara merdu Lata Mangehskar, si penyampai radio memberikan satu 'fakta' yang agak menarik tentang penyanyi ini dan aku tertarik untuk kongsikan...

Why did you not marry? I never got time to think about it. I started working at 13 and I had the responsibility of ensuring the livelihood of nine people. It never occurred to me.

Namun kata si penyampai radio, Lata Mangeshkar sebenarnya tak mahu berkahwin kerana takut perkahwinan akan menjejaskan suaranya....

DUN: Ada sesiapa yang besetuju bahawa perkahwinan mampu menjejaskan kualiti suara? Beri alasan anda dengan menulis tidak melebihi 15 patah perkataan...hahahaha!